Selasa, 06 September 2011

Kehebatan Ayat Kursi


Sebuah hadis riwayat al-Hakim dalam Mustadrak daripada Abu Hurairah r.a katanya : "Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud), 'Dalam surah al-Baqarah terdapat satu ayat yang merupakan penghulu ayat-ayat al-Quran. Setiap kali engkau membacanya di dalam rumahmu dan saat itu syaitan yang berada di dalamnya, pasti akan keluar. Ia ialah ayat al-Kursi.'"

Di dalam kitab Khazinah al-Asrar Jalilat al-Azkar, terdapat kisah yang diriwayatkan oleh Ibn Qutaibah, ceritanya :

Ada seorang dari kalangan Bani Ka'ab mengkhabarkan kepadaku, katanya : aku datang ke kota Basyrah untuk menjual kurma. Tetapi aku tidak menemui rumah untuk aku bermalam, kecuali sebuah rumah yang penuh dengan sarang labah-labah.

Aku bertanya beberapa orang di sekitarnya :"'mengapa dengan rumah ini?".

Mereka menjawab : "rumah ini ada penghuninya".

Aku mencari pemiliknya dan bertanya : " Mahukah tuan menyewakannya kepada saya?"
Pemilik rumah menjawab : "selamatkan diri anda kerana dalam rumah ini ada ifrit yang telah menjadikan rumah ini tempat tinggalnya. Dia membunuh setiap orang yang memasukinya".
Aku meminta lagi : "sewakan kepadaku dan biarkan aku bermalam bersama dia. Mudah-mudahan Allah menolongku dalam menghadapinya".
Pemilik rumah pun menjawab : "terserahlah kepada tuan".
Aku pun bermalam di situ. Ketika malam tiba, datanglah sosok tubuh makhluk yang hitam, matanya bersinar merah laksana api. dia memiliki bayangan gelap dan datang mendekatiku. Aku membaca ayat Kursi seluruhnya. Maka ketika bacaan sampai pada firman Allah s.w.t. yang berbunyi,

Wala ya uduhu hifzuhuma wahuwal 'aliyul 'azim.

( Dan Dia Allah tidak merasakan berat untuk memelihara keduanya, dan Dia Maha Tinggi lagi Maha Agung ).

Maka makhluk tersebut tidak berkata apa-apa padaku. Lalu aku mengulangi membacanya beberapa kali sehinggalah gelap itu menghilang. Aku kemudiannya pergi ke suatu sudut rumah untuk tidur.
Esoknya aku temui sisa kesan terbakar di tempat aku melihat makhluk tersebut dan menjadi bara.

Kemudian aku terdengar suara : "engkau telah membakar ifrit yang sangat besar".

Aku bertanya : "dengan apa aku membakarnya?"

Suara tersebut menjawab : "dengan firman Allah s.w.t. yang berbunyi


Wala ya uduhu hifzuhuma wahuwal 'aliyul 'azim.

( Dan Dia Allah tidak merasakan berat untuk memelihara keduanya, dan Dia Maha Tinggi lagi Maha Agung )".

0 komentar:

Posting Komentar

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites